Friday 2 December 2011

Cerita Pasal Takdir..dan Hijrah jugak..

Bismillahhirrahmanirrahim dan Salam. .

Hari ni nak cerita pasal takdir.. Dari apa yang aku paham jalan cerita hidup kita ni dah Allah tentukan. Apa yang Allah bagi adalah yang terbaik untuk diri kita atau untuk menduga kita..

Tapi kita jangan lupa. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang tu kecuali kita yang mengubahnya.. Nasib tu takdir la kan? Maknanya walaupun jalan hidup kita dah ditentukan waktu dalam perut mummy kita lagi tapi kita boleh ubah dengan berusaha untuk berjaya di mata Allah.

Jom sempena tahun baru Hijrah ni kita berusaha jadi lebih baik. Kawan aku cakap kalau kita kata nak berhijrah maka benda tu dah jadi wajib (dia dengar kat ceramah tv). Klu azam xper..takut plak nak bawak wajib ni..takut tak tertunai..tapi sebelum tahun baru lagi aku dah janji dengan diri aku yang aku nak jadi lebih baik. Dari segi solat terutamanya subuh, lebih tenang dan terima qada dan qadar Allah, cuba kurang tension, beli sesuatu setiap bulan untuk menghargai diri dan lain lagi lah..

So..apa kena mengena takdir dan hijrah? Bagi aku, aku nak berhijrah untuk ubah takdir aku..mungkin selama ni diri aku la penghalang untuk diri aku maju ke depan. Mungkin korang pun sama? Diri kita je ada jawapannya kan.. (Sumber gambar: gugel)


No comments:

Post a Comment